My Company

Friday, March 05, 2010

KELUARGAKU DAN AKU

“Keluarga dan kasih sayang mesti dijaga seperti taman. Ia mesti dibaja dengan masa, usaha dan imaginasi sepanjang masa untuk terus hidup dan berkembang”.

Apakah itu keluarga? Aku? Cuma aku seorangkah? Bagaimana aku boleh wujud jika hanya ada aku? Siapa lagi selain aku dalam keluargaku? Emak? Ayah? Adik?
Pernahkah aku menyedari kewujudan mereka sebelum ini? Ya. Aku amat mengasihi mereka sama seperti mereka mengasihi aku. Mereka merupakan sumber kekuatan dan inspirasiku yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan tidak kira sama ada dalam gembira mahupun duka.
Jika ada orang di dunia ini berfikir bahawa mereka mampu hidup tanpa ibu bapa mereka, ternyata mereka silap. Mereka seharusnya berfikir dengan lebih mendalam. Jangan membuat keputusan dalam jangka masa yang singkat. Untuk berdiri sendiri, kita perlu ada semangat yang cekal, ketabahan untuk menghadapi dugaan, kesabaran dalam mengharungi cobaan dan sikap tidak mudah putus asa untuk mencapai sesuatu matlamat. Malangnya, kita tidak akan mampu memiliki sikap-sikap ini kerana kita mudah lemah apabila kita bersendirian.
Justeru, dalam saat percobaan kita tidak akan berasa cukup dengan hanya berbekalkan semangat. Oleh kita, keluarga merupakan orang yang paling dekat dengan kita dan paling memahami kita. Melihat senyuman yang lahir di bibir kedua orang tua kita akan membuat kita ingin terus berusaha. Berusaha dan berusaha lagi hingga kita berjaya mendapat apa yang kita inginkan.
Pernah suatu ketika dahulu, aku merasa sangat kecewa dengan keputusan peperiksaanku. Pada masa itu, apa yang berada di fikiran ku hanya ingin menangis dan lagi menghabiskan masa menangis menyesali kesilapan yang aku lakukan. Kedua orang tuaku berasa sangat runsing dengan situasi yang menimpa aku. Petang itu, aku terdengar pintu bilikku di ketuk dari luar. Apabila aku membuka pintu, aku melihat ibuku sedang memegang dulang yang berisi makanan kegemaranku. Masakan daun ubi dan bubur labu kuning. Aku yang kelaparan pada masa itu terus menghabiskan makanan yang disediakan. Sudah selesai makan, ibuku berpesan “ walaupun keputusan kamu tidak memuaskan tetapi kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Bak kata orang, “berpuas hatilah dengan apa yang kamu miliki kerana anda tidak boleh mendapat segalanya dalam hidup ini. Tiada ruang yang cukup untuk menyimpannya.”
Sejak hari itu, aku cuba untuk berubah. Aku tidak ingin kedua orang tuaku merasa beban dengan sikapku yang dianggap keterlaluan. “ Experience is the best teacher”. Aku berjanji pada diriku sendiri, tidak akan menyusahkan kedua orang tuaku lagi.. Yang penting, aku tahu bahawa kedua orang tuaku menyayangi aku apa adanya aku.
Realitinya, banyak antara kita yang tidak sedar bahawa kita sentiasa bahagia apabila bersama dengan ahli keluarga kita. Contohnya, anda dan ahli keluarga anda menghabiskan masa bersama-sama makan aiskrim dan berborak. Mungkin ramai yang berfikir aktiviti seperti ini tidak sesuai untuk mereka. Mereka tidak pernah cuba untuk menyingkap kebahagiaan yang akan mereka nikmati pada masa itu. Bak kata pepatah “ if you cannot avoid it, just enjoy it”.
Kesimpulannya, keluarga kita merupakan unit yang penting untuk menyokong kita. Kasih ibu kasih yang suci, kasih ayah kasih yang abadi. Hargailah keluarga anda. Kebahagiaan kelihatan kecil apabila berada di tapak tangan tetapi apabila kita sudah kehilangan, kita akan tahu betapa besar nilainya kebahagiaan itu.

1 comment:

  1. actually, article towk ialah assignment kay drama aku..pa nok aku anta ngan pak acim ya exacly sma dak nok aku post towk..hehe..^_^

    ReplyDelete

Banyak Merapu