My Company

Saturday, November 26, 2011

Hidup Ibarat Kedai Buku


" Hidup kita ini ibaratnya sebagai kedai buku. Didalamnya terdapat banyak jenis bacaan ringan dan bacaan berat. Tetapi kita sebagai manusia yang singgah kesitu lebih cederung kepada bacaan ringan ringan sahaja".
Source: Quote dari filem Love ( Di ubah suai)

Pada pendapat dreamer girl's yang suka cakap merapu, quote di atas bermaksud (apa yang cik fahamla), dalam kehidupan seharian, kita selalu mencari jalan mudah untuk mencapai sesuatu. Realiti kehidupan, tidak banyak kita yang sanggup mengambil risiko kerana tidk sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan yang mendatang. Antara tindakan yang diambil tanpa berfikir panjang / dilakukan melulu adalah:


1. Berhenti Sekolah
Walaupun zaman dah menjadi serba moden dan negara kita Malaysia sedang dalam pembangunan yang amat membanggakan namun isu pelajar yang tidak menghadirkan diri ke sekolah atau meng"henti"kan dari menghadirkan diri ke kelas adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan.Bukanlah cik nak cakap ni salah kerajaan Malaysia. Apa yang cik cuba tekankan di sini adalah sikap pelajar yang suka mengambil jalan mudah dengan berhenti sekolah (terutamanya dikawasan pendalaman) kerana ingin mencari jalan mudah dalam kehidupan.  Mereka ni fikir kalau dorang ni berhenti sekolah dan bekerja, agak senang la hidup dorang. (Boleh pegang duit sendiri) Kenyataannya, dunia hari ini pun ndak mau bha ambil pekerja yang hanya bergantung kepada sijil UPSR mahupun PMR. Pendidkan harus dititikberatkan!

2.Kahwin Lari
Sejurus selepas berhenti sekolah, hala tujuan pula tidak menentu. Kejap kejap kerja kat "mymall". kemudiannya berhenti and pindah pula kerja kat "yourmall". Macam-macam la kan ragam dorang ni. Pastu ada hati nak ayat awek dengan ayat tak power dorang tu, yang kadang-kadang menjadi. Disitulah timbulnya kes kahwin lari sebab tidak dapat restu ibubapa (dari belah makbapa lelaki mahupun perempuan). Hah! tengok, sapa yang susah sekarang? Keluarga korang jugakan..Fikir dulu sebelum nak kahwin lari. Nak lari dari sapa? Isk3. Setiap perhubungan itu perlu restu.


3. Seks Luar Nikah
Ini ada penemuan cik:-%Simptom ke arah seks luar nikah.
57 peratus remaja mengaku pernah bercium, terutama dengan teman istimewa;
69 peratus remaja pernah berpeluk dengan teman istimewa;
80 peratus remaja berpegang tangan dengan teman istimewa;
55 peratus remaja pernah menonton filem lucah;
43 peratus remaja pernah melayari laman web lucah;
Kalau tidakdapat kahwin lari pun pilih la cara hidup sebumbung tanpa ikatan yang sah.Aduii..Memang parah arh korang ni. Insaflah wahai anak muda yang bukannya akan muda selamanya. Kalau family awek yang korang nak sehidup-semati tu tak nak terima korang, apa kata korang berusaha dengan lebih bersungguh cari hala tuju korang sebelum korang bimbing bakal isteri korang kearah yang masih kabur. (Pakai spectacle / contact lens pun still xnampak masa depan) Cuba perbaiki kehidupan korang. Tidak perlulah sangat perfect tetapi cukuplah kalau korang dah nampak lorong mana yang korang nak lalui.

4. Buang Anak
Lanjutan itu, nak kahwin lari tidak menjadi. Pulak ambil keputusan hidup sebumbungkan. Hidup sebumbung, xda komitmen. Uiii..Memang la best kalau kita tak ada "commitment relatiponship". Kalau awek korang  mengandung nak buat apa? Nak bagi parents korang simpan buat stock kat rumah? Habis tu? Erk..belum habis lagi? ..Oppsss! Tumpang lalu.. :D Resulnya, terjadilah kes buang anak. Anak itu bukan sampah oiuit! Anak itu anugerah. Korang harus syukur dikurniakan anak tau! Xpaham cik!


Kesimpulannya, setiap tindakan diatas adalah sikap manusia yang suka singgah dikedai buku dan hanya membaca bacaan yang ringan ringan sahaja kerana tidak suka mengambil risiko membaca bacaan yang berat yang berkemungkinan:
1) Membuatkan dorang perlu masa yang lama untuk menghabiskan bacaan.
Untuk mendapatkan sesuatu hasil yang memuaskan memang memerlukan masa yang lama. Dan dorang ni pula jenis yang tak sabar.
2) Susah nak faham akan isi bacaan
Dorang tidak mahu memahami sesuatu situasi dengan lebih mendalam dan cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan jalan yang ringkas dan mudah.
3) Yang lain lain korang fikirlah sendiri ya..

Uii..bila cik baca balik apa yang cik tulis, terasa skema semacam pulak kan tulisan cik kali ini. Masam Macam karangan SPM saje..ewww! Bwekk! Hahaaha. Tu maknanya cik ni siyes serious nak share benda ni ngan reader(s) semua. Wahai anak muda mahupun yang dah nak tua, renung-renungkan. Selamat berubah..

Sunday, November 20, 2011

7 Ciri Wanita Idaman Lelaki




1. Wanita Berfikiran Terbuka.
Wanita yang berfikiran terbuka adalah salah satu ciri ciri idaman yang lelaki cari dalam diri seseorang wanita. Fikiran wanita janganlah terlalu "lapuk" dan harus dipermodenkan.

2.Wanita Yang Yakin Diri
Wanita yang yakin diri ini menampakkan "kegagahan" mereka dalam kehidupan seharian. Mereka nampak yakin dalam semua perkara yang mereka lakukan seperti yakin dalam membuat keputusan yang mampu membuat lelaki tertarik kerana lelaki beranggapan yang wanita jenis ini mampu berdiri di atas kaki sendiri. So girls, please improve your confidence level yo!

3. Wanita Yang Setia
Wanita yang memiliki ciri setia ini memang adalah senarai pilihan teratas dalam pilihan lelaki. Dalam dunia yang serba moden ini, kebanyakkan wanita mudah terjebak dengan bermacam-macam jenis cinta seperti cinta SMS, cinta mukabuku ataupun lebih tepat cinta internet atau alam maya. Wanita yang memiliki sifat setia ini dipercayai oleh lelaki mampu meng"control" diri mereka dari terjebak dengan cinta-cinta sebegitu.

4. Wanita Yang Cantik.
Kecantikkan itu sesuatu yang terlalu subjektif untuk dikatakan.  Kecantikkan seseorang wanita itu bergantung kepada seseorang yang melihat atau menilainya. Tidak perlulah wanita itu cantik dimata semua lelaki kerana kita sebagai manusia tidak mampu memuaskan pandangan semua orang.

5. Wanita Yang Seksi.
Seksi seorang wanita yang dimaksudkan bukanlah pakaian yang "kurang kain"  mahupun pakaian yang mendedahkan lurah dan daerah yang menggiurkan. Keseksian wanita disini merujuk kepada bagaimana cara wanita itu ketawa, menjelingp-jeling..oppss! Walaupun seseorang wanita itu tidak berpakaian menjolok mata, tetapi sifat peribadi wanita itu tetap seksi dimata lelaki. Itulah keseksian sebenar wanita.


6. Wanita Yang Manja dan Menarik.
Wanita yang memiliki sifat manja memang mampu menarik perhatian lelaki. Rasanya sekali pandang memang tidak cukup. Rasa nak pandang 2-3 kali la pulak kan. Hehe. Tetapi jangan la buat perangai manja-gedik yang mengada-ada. Nanti bukan lelaki tertarik melihat, tetapi menarik muka masam cuka kerana rasa meluat tak sudah sudah melihat aksi sebegitu. Kesimpulannya, wanita yang manja memang menarik.

7. Wanita Yang Penyayang.
Penyayang dan penyayang. Wanita yang memiliki sifat penyayang biasanya sinonim dengan wanita yang memiliki sifat keibuan. Nowadays, memang susah nak cari wanita yag penyayang. Yang buang anak ke, yang me"lecur" ke, huh memang berlambak masa kini. Sayangilah diri anda dan keluarga anda!

Jadi wanita yang memiliki sifat-sifat yang dinyatakan di atas memang limited edition masa kini. So, wanita wanita diluar sana yang rasa diri mereka masih kurang ciri-ciri diatas, cepat cepatlah berubah ye. TETAPI jangan la pulak setakat lakonan semata-mata just untuk menarik minat lelaki. Berubah kearah kebaikan bersama-sama.

Wednesday, November 16, 2011

Dah rezeki aku..

Hello..petang semuanya :)
Korang apa khabar petang ni? Eh, silap. Korang apa khabar hari ni?
Hopefully baik-baik semua dan ada rezeki macam aku. Hehehe.

Bukan apa aku cakap "dah rezeki aku.." Bukan aku dapat benda free pun kan.

Cheritanya begini:

Pada suatu tengah hari yang panasnya memang tidak menyengat hingga ke kelas. Memang la. Kelas berbumbung. Ada aircond pulak tu. Panas memang tak terasa la kan. Hehe. Aku punya handphone kesayangan tertinggal atas meja tepi locker koperasi kampus. Bukan 1 tau, tapi ada 2 bijik. Hah, ambikk kau. Nasib baik la kan ada sorang student ni yang baik hati yang terjumpa handphone tu. Dan memang nasib baik jugak yang phone yang 1 tu lagi xda password. Boleh la budak tu belek2 apa yang ptt kn. Then dia pun kol my classmate ( which the last person I message that morning ) Panjang akal kan budak ni. Kalau orang lain agak2 dorang bagi balik x? We never know. Probability is 50-50 right. Tu la aku cakap dah memag rezeki aku. Cuba kalau budak tu x bagi kat aku balik, tu namanya dah rezeki dia.. Hehe.

P/S: Jangan melihat dunia dengan sebelah mata. Masih banyak lagi insan yang baik hati di luar sana yang kita belum sempat kenali. :)

Friday, November 04, 2011

Bad day

Hello sekalian alam. :)
Korang apakhabar? Ok? Eh, sakit? Sakit apa?
Aaa.. Jgn lupa nak makan ubat yea *unuk yang sakit/& mereka yang bakal sakit*..Muahaha..

Okay..back to our topic!

Awal pagi, bangun tido. Mandi. Bersiap. Breakfast. Mestilah sempat nak breakfast. Suatu ke"wajib"an tau. Then, 7.30am jalan masuk kampus. Hari ini kamek orang ada BiroTataNegara (BTN).
Uiii..memang awal pulak kan. Awal dari waktu kelas.
Dalam "separuh sedar" keadaan mamai walaupun dah mandi pagi tu, tetap juga tahan mata dari mengantuk.
Yela. Kang time penceramah bagi ceramah, saya asyik dok paham jakkan. Angguk tak henti-henti. Pelik pulak dia.

Waktu rehat pun tiba. Kita orang makan mee goreng.. tidak sedap! Aduiih..! Lepas masa rehat je, uiih. Mata memang berat macam berkilo-kilo beras siam kat mata aku kan. Hehe. Tapi, dalam kepayahan pun still juga curi peluang baca note (buat revision) la kononnyaa kan. Padahal hakikat sebenarnya tiada yang tahu. Kamek (saya) just scanning jak. Muahahaha.
Tapi penceramah tu ok gak la. Xda la boring gilak.

Tengah hari menjelang. Oh, tidak! Abis program almost 1.30pm. Then kamek orang trus blah g kelas. Mok sambung buat revision kan. Tetapi MALANG MEMANG TIDAK PERNAH BERBAU. Apa yang kamek revise nang lari jauh la time nangga paper/ soalan ya. Ancuss ati ku. Rasa mok nangis pun ada jwak. Tapi sabar jak la.

Yaang ini lagi la parah. Test malam ini memang payah. Boleh pulak buang markah 15% free2 macam tu jak. X abis jawab soalan. Sial  Semuanya x berakhir dengan sesuatu yang baik. Hopefully ada sesuatu yang baik menanti di masa hadapan ya sekalian anda. Doa2 la. :P

Orait reader(s). Dah ngantuk. Time to zzzzzz.. Esok nak fly to bintulu. Morning flight..grrrrhhh!
Nite guys.. Sweetdream!