My Company

Sunday, November 20, 2011

7 Ciri Wanita Idaman Lelaki




1. Wanita Berfikiran Terbuka.
Wanita yang berfikiran terbuka adalah salah satu ciri ciri idaman yang lelaki cari dalam diri seseorang wanita. Fikiran wanita janganlah terlalu "lapuk" dan harus dipermodenkan.

2.Wanita Yang Yakin Diri
Wanita yang yakin diri ini menampakkan "kegagahan" mereka dalam kehidupan seharian. Mereka nampak yakin dalam semua perkara yang mereka lakukan seperti yakin dalam membuat keputusan yang mampu membuat lelaki tertarik kerana lelaki beranggapan yang wanita jenis ini mampu berdiri di atas kaki sendiri. So girls, please improve your confidence level yo!

3. Wanita Yang Setia
Wanita yang memiliki ciri setia ini memang adalah senarai pilihan teratas dalam pilihan lelaki. Dalam dunia yang serba moden ini, kebanyakkan wanita mudah terjebak dengan bermacam-macam jenis cinta seperti cinta SMS, cinta mukabuku ataupun lebih tepat cinta internet atau alam maya. Wanita yang memiliki sifat setia ini dipercayai oleh lelaki mampu meng"control" diri mereka dari terjebak dengan cinta-cinta sebegitu.

4. Wanita Yang Cantik.
Kecantikkan itu sesuatu yang terlalu subjektif untuk dikatakan.  Kecantikkan seseorang wanita itu bergantung kepada seseorang yang melihat atau menilainya. Tidak perlulah wanita itu cantik dimata semua lelaki kerana kita sebagai manusia tidak mampu memuaskan pandangan semua orang.

5. Wanita Yang Seksi.
Seksi seorang wanita yang dimaksudkan bukanlah pakaian yang "kurang kain"  mahupun pakaian yang mendedahkan lurah dan daerah yang menggiurkan. Keseksian wanita disini merujuk kepada bagaimana cara wanita itu ketawa, menjelingp-jeling..oppss! Walaupun seseorang wanita itu tidak berpakaian menjolok mata, tetapi sifat peribadi wanita itu tetap seksi dimata lelaki. Itulah keseksian sebenar wanita.


6. Wanita Yang Manja dan Menarik.
Wanita yang memiliki sifat manja memang mampu menarik perhatian lelaki. Rasanya sekali pandang memang tidak cukup. Rasa nak pandang 2-3 kali la pulak kan. Hehe. Tetapi jangan la buat perangai manja-gedik yang mengada-ada. Nanti bukan lelaki tertarik melihat, tetapi menarik muka masam cuka kerana rasa meluat tak sudah sudah melihat aksi sebegitu. Kesimpulannya, wanita yang manja memang menarik.

7. Wanita Yang Penyayang.
Penyayang dan penyayang. Wanita yang memiliki sifat penyayang biasanya sinonim dengan wanita yang memiliki sifat keibuan. Nowadays, memang susah nak cari wanita yag penyayang. Yang buang anak ke, yang me"lecur" ke, huh memang berlambak masa kini. Sayangilah diri anda dan keluarga anda!

Jadi wanita yang memiliki sifat-sifat yang dinyatakan di atas memang limited edition masa kini. So, wanita wanita diluar sana yang rasa diri mereka masih kurang ciri-ciri diatas, cepat cepatlah berubah ye. TETAPI jangan la pulak setakat lakonan semata-mata just untuk menarik minat lelaki. Berubah kearah kebaikan bersama-sama.

No comments:

Post a Comment

Banyak Merapu