My Company

Saturday, November 26, 2011

Hidup Ibarat Kedai Buku


" Hidup kita ini ibaratnya sebagai kedai buku. Didalamnya terdapat banyak jenis bacaan ringan dan bacaan berat. Tetapi kita sebagai manusia yang singgah kesitu lebih cederung kepada bacaan ringan ringan sahaja".
Source: Quote dari filem Love ( Di ubah suai)

Pada pendapat dreamer girl's yang suka cakap merapu, quote di atas bermaksud (apa yang cik fahamla), dalam kehidupan seharian, kita selalu mencari jalan mudah untuk mencapai sesuatu. Realiti kehidupan, tidak banyak kita yang sanggup mengambil risiko kerana tidk sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan yang mendatang. Antara tindakan yang diambil tanpa berfikir panjang / dilakukan melulu adalah:


1. Berhenti Sekolah
Walaupun zaman dah menjadi serba moden dan negara kita Malaysia sedang dalam pembangunan yang amat membanggakan namun isu pelajar yang tidak menghadirkan diri ke sekolah atau meng"henti"kan dari menghadirkan diri ke kelas adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan.Bukanlah cik nak cakap ni salah kerajaan Malaysia. Apa yang cik cuba tekankan di sini adalah sikap pelajar yang suka mengambil jalan mudah dengan berhenti sekolah (terutamanya dikawasan pendalaman) kerana ingin mencari jalan mudah dalam kehidupan.  Mereka ni fikir kalau dorang ni berhenti sekolah dan bekerja, agak senang la hidup dorang. (Boleh pegang duit sendiri) Kenyataannya, dunia hari ini pun ndak mau bha ambil pekerja yang hanya bergantung kepada sijil UPSR mahupun PMR. Pendidkan harus dititikberatkan!

2.Kahwin Lari
Sejurus selepas berhenti sekolah, hala tujuan pula tidak menentu. Kejap kejap kerja kat "mymall". kemudiannya berhenti and pindah pula kerja kat "yourmall". Macam-macam la kan ragam dorang ni. Pastu ada hati nak ayat awek dengan ayat tak power dorang tu, yang kadang-kadang menjadi. Disitulah timbulnya kes kahwin lari sebab tidak dapat restu ibubapa (dari belah makbapa lelaki mahupun perempuan). Hah! tengok, sapa yang susah sekarang? Keluarga korang jugakan..Fikir dulu sebelum nak kahwin lari. Nak lari dari sapa? Isk3. Setiap perhubungan itu perlu restu.


3. Seks Luar Nikah
Ini ada penemuan cik:-%Simptom ke arah seks luar nikah.
57 peratus remaja mengaku pernah bercium, terutama dengan teman istimewa;
69 peratus remaja pernah berpeluk dengan teman istimewa;
80 peratus remaja berpegang tangan dengan teman istimewa;
55 peratus remaja pernah menonton filem lucah;
43 peratus remaja pernah melayari laman web lucah;
Kalau tidakdapat kahwin lari pun pilih la cara hidup sebumbung tanpa ikatan yang sah.Aduii..Memang parah arh korang ni. Insaflah wahai anak muda yang bukannya akan muda selamanya. Kalau family awek yang korang nak sehidup-semati tu tak nak terima korang, apa kata korang berusaha dengan lebih bersungguh cari hala tuju korang sebelum korang bimbing bakal isteri korang kearah yang masih kabur. (Pakai spectacle / contact lens pun still xnampak masa depan) Cuba perbaiki kehidupan korang. Tidak perlulah sangat perfect tetapi cukuplah kalau korang dah nampak lorong mana yang korang nak lalui.

4. Buang Anak
Lanjutan itu, nak kahwin lari tidak menjadi. Pulak ambil keputusan hidup sebumbungkan. Hidup sebumbung, xda komitmen. Uiii..Memang la best kalau kita tak ada "commitment relatiponship". Kalau awek korang  mengandung nak buat apa? Nak bagi parents korang simpan buat stock kat rumah? Habis tu? Erk..belum habis lagi? ..Oppsss! Tumpang lalu.. :D Resulnya, terjadilah kes buang anak. Anak itu bukan sampah oiuit! Anak itu anugerah. Korang harus syukur dikurniakan anak tau! Xpaham cik!


Kesimpulannya, setiap tindakan diatas adalah sikap manusia yang suka singgah dikedai buku dan hanya membaca bacaan yang ringan ringan sahaja kerana tidak suka mengambil risiko membaca bacaan yang berat yang berkemungkinan:
1) Membuatkan dorang perlu masa yang lama untuk menghabiskan bacaan.
Untuk mendapatkan sesuatu hasil yang memuaskan memang memerlukan masa yang lama. Dan dorang ni pula jenis yang tak sabar.
2) Susah nak faham akan isi bacaan
Dorang tidak mahu memahami sesuatu situasi dengan lebih mendalam dan cuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan jalan yang ringkas dan mudah.
3) Yang lain lain korang fikirlah sendiri ya..

Uii..bila cik baca balik apa yang cik tulis, terasa skema semacam pulak kan tulisan cik kali ini. Masam Macam karangan SPM saje..ewww! Bwekk! Hahaaha. Tu maknanya cik ni siyes serious nak share benda ni ngan reader(s) semua. Wahai anak muda mahupun yang dah nak tua, renung-renungkan. Selamat berubah..

No comments:

Post a Comment

Banyak Merapu